Saturday, 28 July 2012

Situasi guru






Apa yang kita tahu, pada zaman sekarang situasi cikgu dahulu dengan cikgu sekarang sangat-sangat berbeza.  Ini kerana, masyarakat dahulu sangat percayakan guru dan mereka memandang tinggi martabat dan profesion perguruan ini.  Lebih-lebih lagi, guru dianggap sebagai insan yang sanggup berkorban demi anak murid yang tercinta untuk memastikan anak didik mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna.

Tapi senario yang melanda sekarang adalah dimana, profesion perguruan ini dianggap remeh kerana ada yang menganggap guru adalah satu kerjaya yang terakhir untuk dipilih kerana memiliki jumlah gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.  namun, sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingi oleh anak murid.  guru adalah orang yang pertama yang akan dipersalahkan kerana cuai melakukan tugas.

Sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang, pelbagai isu-isu dan berita perihal seorang guru di dada akhbar dan di media massa kerana wujudnya beberapa segelintir guru yang mencemarkan nama profesion ini.  contohnya adalah isu guru-guru yang bermasalah (rujuk sini), guru menerima rasuah (rujuk sini), kes mendera murid (rujuk sini).

Boleh dikatakan, bermacam-macam lagi berita dan isu-isu berkaitan dengan guru yang boleh kita baca dan dapati dalam sehari-hari.  Terasa sangat malu, kerana "hanya nila setitik rosak susu sebelanga" menyebabkan ramai segelintir masyarakat memandang rendah pada profesion guru sekarang.

walaubagaimanapun, tidak semua guru seperti itu dan masih ada lagi guru yang mempunyai sifat-sifat kemanusiaan dan sanggup untuk mendidika anak bangsa dan mengharumkan nama negara.




sekadar santapan minda,dalam bahagian "Cabaran Guru", saya ada memaparkan satu video guru dalam cebisan cerita yang dibintangi P.Ramlee
video 1 dan video 2

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Pengaruh perkembangan teknologi maklumat

Thursday, 26 July 2012

Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

(BAB 1)



KEPELBAGAIAN BUDAYA





STANDARD TINGGI KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (2001)





CADANGAN TANGANI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA



Biodata diri

Puan empunya blog



Blog ini ditubuhkan pada 24 Julai 2012 ( Selasa) bersamaan 4 Ramadhan 1433 M..

Bertujuan sebagai satu tugasan kerja kursus pendek (KKP) untuk PISMP semester 8 ambilan Jan 2009.

Bermatlamat untuk menggalakkan  guru pelatih supaya lebih dekat dengan salah satu inovasi dalam sistem pendidikan hari ini iaitu penggunaan "Blog" dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mana-mana subjek mata pelajaran.

Objektif supaya sistem pendidikan negara sentiasa releven dengan keperluan semasa khususnya inovasi dan perubahan dalam pendidikan yang menjadikan peranan dan tanggungjawab guru lebih mencabar.

Subjek "Guru dan Cabaran Semasa" adalah berkaitan dengan kepelbagaian isu gejala sosial lebih-lebih lagi yang melanda generasi muda terutamanya dengan ledakan teknologi

Berharap, dengan perkongsian ilmu yang dilakukan di dalam blog ini berdasarkan tajuk-tajuk yang akan diberikan dalam subjek "Guru dan Cabaran Semasa" sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua yang memerlukan.

Wednesday, 25 July 2012

Mukadimah



Assalamualaikum dan Selamat Datang...


Terima kasih kerana sudi melawat blog ini..
Blog ini dihasilkan sempena Tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) mata pelajaran Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3108).  Kerja Kursus ini melibatkan kesemua guru pelatih semester 8 ambilan Jan 2009.
Dalam tugasan kali ini, saya Zuraida Assma binti Abdul Halim dan pasangan saya Nurul Zaimah binti Zainal diminta untuk menghasilkan sebuah blog untuk menggalakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran ini (EDU 3108).

Segala ilmu,pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan melalui blog ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak kepada yang memerlukannya dan diharapkan ianya memberikan seribu makna.