Saturday 28 July 2012

Situasi guru






Apa yang kita tahu, pada zaman sekarang situasi cikgu dahulu dengan cikgu sekarang sangat-sangat berbeza.  Ini kerana, masyarakat dahulu sangat percayakan guru dan mereka memandang tinggi martabat dan profesion perguruan ini.  Lebih-lebih lagi, guru dianggap sebagai insan yang sanggup berkorban demi anak murid yang tercinta untuk memastikan anak didik mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna.

Tapi senario yang melanda sekarang adalah dimana, profesion perguruan ini dianggap remeh kerana ada yang menganggap guru adalah satu kerjaya yang terakhir untuk dipilih kerana memiliki jumlah gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.  namun, sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingi oleh anak murid.  guru adalah orang yang pertama yang akan dipersalahkan kerana cuai melakukan tugas.

Sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang, pelbagai isu-isu dan berita perihal seorang guru di dada akhbar dan di media massa kerana wujudnya beberapa segelintir guru yang mencemarkan nama profesion ini.  contohnya adalah isu guru-guru yang bermasalah (rujuk sini), guru menerima rasuah (rujuk sini), kes mendera murid (rujuk sini).

Boleh dikatakan, bermacam-macam lagi berita dan isu-isu berkaitan dengan guru yang boleh kita baca dan dapati dalam sehari-hari.  Terasa sangat malu, kerana "hanya nila setitik rosak susu sebelanga" menyebabkan ramai segelintir masyarakat memandang rendah pada profesion guru sekarang.

walaubagaimanapun, tidak semua guru seperti itu dan masih ada lagi guru yang mempunyai sifat-sifat kemanusiaan dan sanggup untuk mendidika anak bangsa dan mengharumkan nama negara.




sekadar santapan minda,dalam bahagian "Cabaran Guru", saya ada memaparkan satu video guru dalam cebisan cerita yang dibintangi P.Ramlee
video 1 dan video 2

No comments: